Not a Bed of Roses
Saturday, March 17, 2012
Friday, March 16, 2012
little bird

banyak kali sudah si ibu burung itu bertanya, perlukah dia datang melawat, banyak kali juga si anak burung itu bilang, "tak, tak perlu".
sebenarnya si anak burung itu terlalu mahu. tapi tidak sanggup menyusahkan si ibu. apalah sangat keadaanya, bukan diuji penyakit kronik pun, bukan terlantar terbaring semata, untuk siibu terbang jauh merentas lautan, semata untuk menemuinya.
setiap hari si ibu dan bapanya juga tak pernah henti menghantar pesan. sehingga akhirnya si anak burung membalas "saya rindu dan teringin berjumpa ibu" - cuma sekadar pernyataan yang tak mengharap apa-apa.
maka datanglah si ibu, tanpa bertanya anaknya, kerana si ibu pun mungkin tahu, si anak pasti akan menjawab "tidak mengapa".
sudah pastinya si anak tak terkata gembira..ada si ibu di sisi yang menjaganya dan menghiburkan hatinya. walaupun tidak lama.
semalam si ibu burung pun pulang, dan dia titipkan doa ini pada angin yang menghantar pesan pada Tuhan.
si anak burung tinggal keseorangan lagi. sunyi tetapi hatinya tidak sedih lagi.
Thursday, March 8, 2012
Wednesday, March 7, 2012
hope
ada satu doa spesifik yang wajib aku baca usai solat di beberapa bulan yang lepas. doa yang spesifik itu masih lagi aku baca, specifically sejak sebulan yang lepas. doa yang spesifik itu masih sama lebih kurang ayatnya melainkan satu perkataan - hindarilah - yang kini menjadi - jadikanlah -
Monday, March 5, 2012
lebih baik
aku bukan lemah
aku bukan spesis manusia yang pasrah dipijak-pijak
aku selalu menang dengan manusia kuat
aku tidak pernah kalah bicara hatta dengan kaum kerabat ahmadinejad
aku boleh kuat berhadap dengan jantan persis raksasa frankenstein berbulu lebat
aku bukan lemah
tapi aku selalu pilih untuk tidak nampak kuat
bila disamping sesetengah manusia
yang aku kira lebih baik untukku berdiam dari cuba berdebat
diam itu lebih baik
berlakun lemah itu lebih baik
dengan kamu
ya, kamu
aku bukan spesis manusia yang pasrah dipijak-pijak
aku selalu menang dengan manusia kuat
aku tidak pernah kalah bicara hatta dengan kaum kerabat ahmadinejad
aku boleh kuat berhadap dengan jantan persis raksasa frankenstein berbulu lebat
aku bukan lemah
tapi aku selalu pilih untuk tidak nampak kuat
bila disamping sesetengah manusia
yang aku kira lebih baik untukku berdiam dari cuba berdebat
diam itu lebih baik
berlakun lemah itu lebih baik
dengan kamu
ya, kamu
Sunday, February 26, 2012
Saturday, February 25, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)


